YAB PM mengagihkan sumbangan bubur lambuk

June 13, 2017 in Aktiviti Semasa

PM-Najib-agih-bubur-lambuk-masjid-jamek-kampung-bharu-2017-111 Jun 2017 — YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini.

Sebanyak 50 periuk digunakan untuk memasak bubur dan lebih 9,000 paket bubur diagihkan kepada orang ramai.

Ini merupakan tahun kesebelas YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan peribadi bubur lambuk kepada orang ramai.

Terdahulu YAB Perdana Menteri menunaikan solat Asar berjemaah yang diimamkan oleh Imam Haji Azizi Ab Hamid Al HAfiz.

Turut mengiringi YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib ialah Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Datuk Affendi Zahari dan Pengerusi Masjid Jamek Kampong Baru, Dato’ Hj Idris Shaari Mat Aris.





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...