WACANA PEMANTAPAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

November 28, 2016 in Aktiviti Semasa

03ceedc5-f496-4658-af87-2d9260a483f7KUALA LUMPUR ,  26 November 2016 [ Sabtu ] – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) dengan  kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Wacana Pemantapan Akidah Ahli  Sunnah Wal Jamaah di Dewan Solat Masjid Jamek Kampong Baru.

Pembukaan majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan suci ayat – ayat Al Quran Al Karim oleh Sheikh Rami Al Badawi dan sejurus selepas itu , wacana tersebut dimulakan dengan menampilkan Imam Azizi Bin Ab Hamid Al Hafiz , Imam Masjid Jamek Kampong Baru  merangkap Felo YADIM sebagai moderator. Wacana tersebut turut menampilkan Dr Yusri Bin Mohamad , YDP YADIM dan Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid , Pembimbing Majlis Ta’lim Darul Murtadha sebagai panelis.

Antara intipati dari wacana tersebut ialah meraikan perbezaan diantara mazhab disamping memperkasakan diri dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya mazhab Al Imam Ash Shafie dengan mengambil kira mazhab majoriti yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat dialam Melayu Nusantara.

Antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi Masjid Jamek Kampong Baru , YBhg Dato’ Hj Idris Shaari Bin Mat Aris dan Barisan Ahli Jawatankuasa. Kehadiran jemaah lebih kurang 500 orang jemaah. Majlis berakhir kira-kira jam 930 malam.