SUNNAH YANG DIABAIKAN

November 28, 2016 in Artikel, Soalan & Jawapan

Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.

Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. boleh dikatakan 95% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi saw tidak turun sujud melainkan Baginda saw telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim:

عن البراء بن عازب

كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : ” سمع الله لمن حمده ” لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.

daripada al Barra’ bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah saw, apabila Baginda saw telah ruku’, mereka pun ruku’. bila Baginda berkata : samiallahu liman hamidah, mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi saw meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya. [Imam Muslim ]

soalanjawapan

Jawapan:

Ya, sahih. Sebagaimana disebutkan oleh al-‘Allamah al-Syeikh Ali al-Maqrami sewaktu beliau mengajar kitab Umdah al-Salik (fiqh mazhab Syafie), bila imam sudah sujud sepenuhnya baru kita sujud, begitu juga dalam keadaan lain, seperti bila imam sempurna rukuk baru kita rukuk. Wallahuam





Maklumat Lain anda patut baca..

HUKUM HABISKAN BACAAN AL-FATIHAH KETIKA IMAM SUDAH... Soalan : Berkenaan dengan bacaan surah al-fatihah ketika solat berjamaah, perlukah seseorang makmum itu menghabiskan bacaannya sekiranya imam telah r...
INGIN BERPUASA SETAHUN. Assalamualaikum,   Adakah dibenarkan untuk berpuasa sepanjang tahun kecuali hari hari yang diharamkan utk berpuasa spt hari raya pertama , ...
BENARKAH TIADA DALIL KATA KEPALA ADALAH AURAT ? Assalamualaikum admin.. sy ad satu soalan berkenaan aurat.. umum mengetahui standard aurat bagi wanita skrg.. namun sy ada berbual dgn golongan ...
ADAKAH SOLAT TAUBAT HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA 1/3... Assalamualaikum ustaz..sy nk tny..benar ke solat taubat hanya boleh dilakukan pd sepertiga mlm shj?..boleh kah dibuat lepas solat fardhu?.. &nb...
MESIN BASUH Assalamualaikum Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongs...
BOLEH KE MUSLIM MEMAKAI JERSEY YANG ADA LAMBANG SA... Assalamualaikum Wrth ustaz saya mahu bertanya, apakah hukum memakai pakaian atau jersey yang ada lambang salib / atau logo dan lambang arak? Wa...