SUMMER CAMP 1.0 MASJID JAMEK KAMPONG BARU

March 23, 2017 in Aktiviti Semasa

IMG_346317 Mac 2017 –  Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Yayasan Dana Kebajikan  Muslim Malaysia [ YDKMM ]  telah mengadakan Program Summer camp 1.0 Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru selama 3 hari 2 malam bertempat di Masjid Jamek Kampong Baru.

 

Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tahun 6 dari SK Kampong Baru dan SK Jalan Raja Muda seramai 150 orang peserta. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 6 petang pada 17 Mac 2017.

DSC_2272Antara objektif ini diadakan ialah untuk menerapkan nilai – nilai positif dalam kalangan peserta tentang tanggung jawab sebagai seorang pelajar , anak dan penganut agama Islam.

 

Sepanjang program ini berlangsung , para peserta telah dibimbing oleh 18 fasilitator meliputi 6 slot ceramah yang disampaikan oleh 6 orang speaker.

 

DSC_2274Majlis Perasmian Penutup Program Summer camp 1.0 Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru telah disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Jamek Kampong Baru , YBhg Dato’ Hj Idris Shaari Bin Mat Aris.

 

Turut hadir dalam majlis penutup program tersebut ialah Guru Besar dari SK Kampong Baru dan SK Jalan Raja Muda.

 

DSC_2307Majlis berakhir kira-kira jam 1230 tengah hari

 

 

 

 

 

 





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...