Sumbangan 50 Periuk Bubur Lambok Agung Kampong Bharu Oleh Perdana Menteri Malaysia Yab. Dato’ Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Dan Yabhg. Datin Sri Hajjah Rosmah Binti Mansor

July 17, 2014 in Aktiviti Semasa

rosmah-najib-2014-6Pada Hari Selasa 15 Jun 2014 Pihak Jawatankuasa amat berbesar hati kerana Masjid Jamek Kampong Bharu terpilih sekali lagi untuk menjayakan Program Sumbangan Bubur Lambuk sebanyak 50 periuk oleh Perdana Menteri Malaysia dan Isterinya.

Program dimulakan dengan memasak bubur lambok secara bergotong royong bersama-sama anak-anak Qariah Kampong Bharu pada paginya. Segala pejalanan memasak 50 periuk bubur lambok berjalan dengan jayanya, tanpa sebarang masalah.

Selepas Solat Asar ketibaan tetamu- tetamu kehormat termasuklah yang turut hadir diantaranya YB. Datuk Johari bin Abdul Ghani Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mengiringi Perdana Menteri Malaysia untuk agihan bubur lambok pada hari tersebut.

Pihak Masjid juga amat berterima kasih kepada semua pihak-pihak yang terlibat bagi menjayakan program tersebut. Jazakallah.