Sumbangan 100 Periuk Bubur Lambuk Kampong Bharu Oleh Perdana Menteri

July 26, 2013 in Aktiviti Semasa

IMG_0352Pada hari Selasa 23 Julai 2013 bersamaan 14 Ramadhan 1434H Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru, di sini.

Bubur lambuk Kampung Baru yang terkenal itu merupakan sumbangan daripada beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perdana menteri menunaikan solat Asar berjemaah diketuai Imam Masjid berkenaan Hj Muhammad Afiq Masron.

Pengagihan bubur lambuk yang diadakan, secara kebetulan pada hari tersebut berlangsung pada hari ulang ke-60 tahun kelahiran Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri.

Imam turut mendoakan kesejahteraan perdana menteri supaya memperoleh kesihatan yang baik, ditambah keimanan dan dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru Dato’ Idris Shaari Mat Aris berkata sumbangan bubur lambuk ini adalah sumbangan peribadi perdana menteri pada setiap tahun sejak enam atau tujuh tahun lepas dan kira-kira 5,000 paket bubur lambuk diagihkan pada hari itu.

Pada hari itu, bubur lambuk dimasak sebanyak 60 periuk (bubur lambuk), dan ditambah dengan 40 periuk lagi untuk sumbangkan kepada Masjid Ar Rahah iaitu masjid bonda beliau,” katanya. Bubur lambuk itu dimasak secara gotong-royong untuk mengeratkan silaturrahim kata Perdana Menteri.





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...