Majlis Solat Hajat, Bacaan Tahlil Arwah Dan Doa Selamat untuk pasukan keselamatan di Lahad Datu.

March 13, 2013 in Aktiviti Semasa

Hari Selasa 05.03.2013 telah berlangsungnya Majlis Solat Hajat, Bacaan Tahlil Arwah Dan Doa Selamat untuk pasukan keselamatan di Lahad Datu. Program ini anjuran bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) & Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Program berlangsung di dewan solat utama Masjid Jamek Kampong Bharu. Selepas Solat Isyak Majlis dimulakan dengan tahlil khusus untuk arwah-arwah pejuang Negara yang terkorban . Disusuli solat hajat bagi memohon keselamatan anggota keselamatan dan memohon keamanan Negara dari perkara tidak diingini seperti pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan sebagainya. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan kehadiran lebih 600 orang jemaah dalam program tersebut. Semoga mereka yang syahid ditempatkan oleh Allah disisi orang-orang yang soleh, Amin.

 

Berita penuh klik di sini Berita Harian





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...