SALAM UKWAH KUMPULAN MARHABAN WANITA TITIWANGSA

April 2, 2013 in Aktiviti Semasa

ISU-SEMASAProgram ini dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Masjid Jamek Kampong Bharu pada 15 Mac 2013 selepas Solat Maghrib bertempat di Dewan Pangsapuri PKNS 17 Tingkat Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Program dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Haji Johari Bin Abdul Ghani Timbalan Ketua Cawangan Umno Titiwangsa. Acara bermula dengan Solat Maghrib secara berjemaah dan dikuti dengan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w secara beramai-ramai.

Program disambung lagi dengan Ceramah yang bertajuk “ISU-ISU SEMASA DAN PANDANGAN DARI PERSPEKTIF ISLAM” yang dikupas oleh yang berbahagia Ustaz Khairul Amin Bin Madom.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan kehadiran lebih 250 orang dalam program tersebut. Semoga ilmu yang diperolehi memberikan manfaat, Insyallah.





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...