Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu

August 2, 2018 in Aktiviti Semasa

IMG_503920 Julai 2018 – Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu.

Summer Camp 2.0 ini merupakan lanjutan dari Summer Camp 1.0 yang lalu, di mana ia melibatkan seramai 155 orang peserta terdiri dari pelajar-pelajar Tahun 6 dari SK Kampong Bharu dan SK Jalan Raja Muda. Sesi pendaftaran pelajar telah bermula seawal jam 5.30 petang pada 20 Julai 2018.

 IMG_4921
Para peserta Summer Camp 2.0 kali ini telah dibimbing oleh 5 orang guru pakar mata pelajaran dari Negeri Selangor. Guru terbabit telah bertungkus lumus bagi membantu para peserta melengkapkan diri dengan teknik-teknik menjawap Soalan UPSR dengan tepat.

 

Sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung, para peserta turut diuji simulasi soalan – soalan latih tubi yang meliputi semua mata pelajaran yang akan diuji dalam UPSR.

 IMG_5040

Selain daripada penekanan aspek akademik, para peserta juga turut dibimbing oleh barisan fasilitator dalam membentuk sifat kepimpinan dalam diri para peserta termasuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK)  bagi menguji perlaksanaan modul yang telah dirancang .

 

 

Summer Camp 2.0 telah melabuhkan tirainya kira-kira jam 12.30 tengahari pada 22 Julai.IMG_4949

 

Pihak Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Pendidikan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua peserta Summer Camp .