Program SEMBANG CAHAYA 2017 [ Cinta Ke Syurga ]

April 20, 2017 in Aktiviti Semasa

UniKL 115 April 2017 – Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Kelab Perkim UniKL MIIT dan Kelab haluan Siswa UniKL BIS  telah menganjurkan Program SEMBANG CAHAYA 2017 [ Cinta Ke Syurga ] bertempat di Dewan masjid Jamek Kampong Baru

 

Antara objektif program ini diadakan ialah menyampaikan mesej sebenar perjalanan cinta , khususnya dalam menentukan hala tuju sesebuah perhubungan yang diakhiri dengan gerbang perkahwinan. Disamping itu juga , program ini juga diadakan  untuk membawa para peserta berfikiran lebih luas dalam memaknai isu cinta , perkahwinan dan keluarga.

UniKl 2Penyertaan program ini melibatkan para pelajar dari Kelab Perkim UniKL MIIT , Kelab haluan Siswa UniKL BIS dan masyarakat awam sekitar Kuala Lumpur

 

Upacara perasmian pembukaan Program SEMBANG CAHAYA 2017 [ Cinta Ke Syurga ] telah dirasmikan oleh Ir. Megat Saidi Nik Ngah tepat jam 840 pagi

 

Slot 1 dimulakan kira- kira jam 9 pagi oleh Prof Dr Azizan Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan,UKM dengan penuh bersemangat membincangkan cara bagaimana pandangan mahasiswa hari ni terhadap cinta. Adakah dengan pandangan mata kasar(Basar) semata-mata atau mata hati (Basirah).

 

Seterusnya slot yang ke 2 diteruskan oleh penceramah yang tidak asing bagi komuniti remaja yang merupakan seorang penulis buku “Sebarkan Bahagia” merangkap Pengurus Produksi Sebarkan Bahagia, Ustazah Fatimah Syarhah. Slot ini membincangkan mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram dengan lebih terperinci sekaligus membina kefahaman kepada para mahasiswa di luar sana tentang isu yang selalu dipandang ringan oleh segelintir pihak masa kini.

 

UniKl 3Slot terakhir adalah forum bersama 3 penceramah hebat iaitu Prof Dr Mohd Noor, Dr Fauziah Mohd Noor dan Ustaz Nabil Ahmad. Forum yang berlangsung selama hampir 2 jam turut membangkitkan gelak tawa para hadirin apabila setiap panel dan juga moderator memberikan analogi pengalaman masing-masing dalam alam rumah tangga. Panel penceramah turut memberikan beberapa mutiara nasihat kepada mahasiswa supaya lebih bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

 

Majlis Perasmian Penutup Program SEMBANG CAHAYA 2017 [ Cinta Ke Syurga ] telah disempurnakan oleh Dr. Megat Farez Azril Zuhairi

 

Penyertaan para peserta yang telah menyertai  Program SEMBANG CAHAYA 2017 [ Cinta Ke Syurga ] ialah seramai 300 orang peserta dan program yang telah berlangsung ini telah melabuhkan tirainya kira-kira jam 5 petang.





Maklumat Lain anda patut baca..

Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...
Kunjungan Hormat Lawatan Sambil Belajar dari AJK M... 17 September 2017 –  Pihak Masjid Jamek Kampong Baru telah menerima Kunjungan Hormat Lawatan Sambil Belajar dari AJK Masjid Kampong Berjaya , A...
Program Summer Camp 3.0 11 Ogos 2017 – Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru telah mengadakan Program Summer Camp 3.0 Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru selama 3 hari 2 ...
YAB PM mengagihkan sumbangan bubur lambuk 11 Jun 2017 -- YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di perkarangan Masjid Jamek Kampung B...
Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M 3 Jun 2017 - Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Biro Kebajikan MJKB telah mengadakan Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M . Program ini ...
Summer Camp 2.0 19 Mei 2017 –  Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Yayasan Dana Kebajikan  Muslim Malaysia  telah mengadakan Program Summer Ca...