Program Qurban 1439H/2018M

August 29, 2018 in Aktiviti Semasa

22 OGOS 2018 – Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban2Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

 

Sebanyak 12 ekor Lembu dan 7 ekor kambing telah disembelih untuk tujuan Ibadah Korban. Kira-kira 35 orang petugas terdiri dari pelbagai peringkat umur tua mahupun muda bersama-sama menjayakan program tersebut. Sebanyak 700 bungkus daging korban diedarkan kepada orang ramai.

 qurban

Turut hadir memeriahkan program tersebut YB Rina Binti Harun , Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa. Beliau turut menyumbang seekor lembu untuk program tersebut.