PROGRAM PARENTING TALK : SUPERB MOM & DAD

August 1, 2016 in Aktiviti Semasa

“ KELUARGA SUNNAH , BERSAMA DI SYURGA “
220 Februari 2016 – Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Nisa’ Titiwangsa dan Perkawati Care Kuala Lumpur telah mengadakan Program Parenting Talk : Superb Mom & Dad “ Keluarga sunnah , Bersama Di Syurga “pada 20 Februari 2016 [ Sabtu ] bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Baru
Antara objektif program ini diadakan ialah untuk menerapkan kesedaran tanggung jawab dari sudut agama kepada ibu bapa. Selain daripada itu , program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa dalam melahirkan anak yang berakhlak mulia dizaman yang penuh dengan cabaran masa kini.


3Seramai 60 orang peserta yang telah menyertai program ini. Sepanjang program ini berlangsung , para peserta telah didedahkan dengan kaedah-kaedah untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dan bertaqwa dalam mendidik anak-anak dan keluarga menjadi keluarga yang berjaya di dunia dan akhirat. Ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Binti Musa ,pendakwah bebas..
Majlis Perasmian Penutup Kursus Haji ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Mohd Yazid Bin Saad , Penolong Pengarah Kanan Pusat Pentadbiran Zon 3 , JAWI.
Turut hadir didalam majlis tersebut ialah Haji Saifuzzaman Bin Mohamed Salleh , Setiausaha Masjid Jamek Kampong Baru dan Tuan Haji Kamarudin Bin Mohamed Tahir , Bendahari Masjid Jamek Kampong Baru..