Program Malam Cinta Rasul (Laporan)

February 6, 2014 in Aktiviti Semasa

IMG_0537Pada hari Isnin 13 Januari 2014 telah berlangsung program Malam Cinta Rasul  di Masjid Jamek Kg.Baru Kuala Lumpur dari jam 6.45 petang sehingga 11.00 malam.

Tetamu khas dan majlis dirasmikan oleh Datuk Johari Bin Abdul Ghani dan penceramah oleh Dato’Hj Nooh Bin Gadut.

Program ini dianjurkan oleh Masjid Jamek Kg.Baru dengan kerjasama Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan & Pemuda UMNO Titiwangsa

Seramai 3500 orang menghadiri program Malam Cinta Rasul ini.

Majlis dimulakan pada 6.45pm dengan bacaan selawat dan puji-pujian yang disampaikan oleh kumpulan Qasidah Al-Yamani dan berhenti seketika untuk memberi laluan untuk Solat Maghrib.

Acara kemuncak ialah ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Hj Nooh Bin Gadut selepas Solat Isyak dimana dalam ceramahnya menggesa kita sebagai umat islam untuk mencontohi dan mengambil pelajaran didalam menteladani akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Baginda merupakan contoh ikutan terbaik dimana Baginda berperanan sebagai Ketua Negara yang mampu mentadbir Negara Islam Madinah yang mana berbilang bangsa dan agama.

Program berjalan dengan jayanya dan diharapkan semoga semua yang hadir dapat mengamalkan ilmu yang diperolehi.

Gambar Malam Cinta Rasul





Maklumat Lain anda patut baca..

PROGRAM MALAM CINTA RASUL SIRI KE – 4 KUALA LUMPUR , 11 & 12 Disember 2016 – Program Malam Cinta Rasul Siri Ke - 4 telah diadakan di Masjid Jamek Kampong Baru . Program ini merupaka...
“Malam Cinta Rasul” Siri-2 1436H / 201... 10 JANUARI 2015 / 19 RABIUL AWAL 1436H – Masjid Jamek Kampong Bharu bersama Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa telah menganjurkan Program Malam Cinta Ras...
Malam Cinta Rasul – Siri Ke 2 Tarikh : 10 Januari 2015 Hari : Sabtu Masa : 7.00 Malam Tempat : Masjid Jamek Kampung Bharu, Kuala Lumpur ...