PROGRAM MALAM CINTA RASUL SIRI KE – 4

December 30, 2016 in Aktiviti Semasa

cinta-rasul KUALA LUMPUR , 11 & 12 Disember 2016 [ Sabtu & Ahad ] – Program Malam Cinta Rasul Siri Ke – 4 telah diadakan di Masjid Jamek Kampong Baru .
Program ini merupakan kerjasama diantara Pemuda UMNO Parlimen Titiwangsa , Madrasah At Tazkiyyah , Richwell , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) , Komuniti Masyarakat Acheh Malaysia dan Kementerian Wilayah

Program Malam Cinta Rasul Siri Ke-4 ini telah berlangsung selama 2 hari dimana pada hari pertama ,program ini telah bermula seawal 11 pagi dengan persembahan qasidah dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh para pelajar dari Madrasah At – Tazkiyyah dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru sehingga jam 12 tengah hari.

Pada sebelah malamnya , persembahan qasidah disambung sem

ula selepas Solat Maghrib dan Tazkirah Maghrib telah disampaikan oleh Al Fadhil Dr Abdullah Jalil ,dimana dalam tazkirah beliau turut diselitkan tentang hukum menyambut maulid dan apakah pengisian yang sewajarnya diisi dalam sesebuah acara maulid.

Acara Program Malam Cinta Rasul diteruskan pada hari kedua dimulakan dengan perarakan sempena Maulidur Rasul yang telah dipimpin oleh Habib Ali Zainal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid ,selaku pembimbing Darul Murtadza. Perarakan ini bermula seawal 745 pagi bertempat di UniKL dan berarak menuju ke Masjid Jamek Kampong Baru.

Pengisian utama Program Malam Cinta Rasul Siri Ke-4 ini yang bertemakan ” Nabiku , Guruku ” telah disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid ,selaku pembimbing Darul Murtadza.

Antara tetamu VIP yang hadir ialah YBhg Datuk Affendi Bin Zahari , Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan Barisan Ahli Jawatankuasa. Kehadiran para penerima lebih kurang 500 orang jemaah. Majlis berakhir kira-kira jam 1130 pagi.





Maklumat Lain anda patut baca..

“Malam Cinta Rasul” Siri-2 1436H / 201... 10 JANUARI 2015 / 19 RABIUL AWAL 1436H – Masjid Jamek Kampong Bharu bersama Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa telah menganjurkan Program Malam Cinta Ras...
Malam Cinta Rasul – Siri Ke 2 Tarikh : 10 Januari 2015 Hari : Sabtu Masa : 7.00 Malam Tempat : Masjid Jamek Kampung Bharu, Kuala Lumpur ...
Program Malam Cinta Rasul (Laporan) Pada hari Isnin 13 Januari 2014 telah berlangsung program Malam Cinta Rasul  di Masjid Jamek Kg.Baru Kuala Lumpur dari jam 6.45 petang sehingga 11.00 ...