Program Khatan Perdana 2016

January 7, 2016 in Aktiviti Semasa

IMG_247813 Disember 2015

Pemuda UMNO Titiwangsa bersama Masjid Jamek Kampong Bharu   telah mengadakan Program Khatan Perdana bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Bharu.

Kerjasama untuk program ini turut mendapat khidmat perubatan dari Pegawai Perubatan Hospital Angkatan Tentera Malaysia.

Penyertaan untuk Program Khatan Perdana ini telah dibuka kepada kanak-kanak yang berumur 7 – 12 tahun.

Pendaftaran untuk para peserta program ini dimulakan seawal jam 7:30 pagi dan kira-kira jam 8:40 pagi para peserta yang terdiri daripada 110 orang kanak-kanak telah berkumpul di Dataran Masjid Jamek Kampong untuk upacara mandi beramai-ramai selama 10 minit dimana mereka telah “ disembur “ oleh pihak bomba

Secara keseluruhannya , program ini telah mendapat respon yang cukup baik dikalangan ibu bapa iaitu sekitar 110 orang penyertaan.

Majlis dirasmikan oleh Datuk Hj Affendi Bin Zahari ,selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

 





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...