Program Khatam Al Quran Dan Khatam Terawih @ Masjid Jamek Kampong Bharu

August 18, 2015 in Aktiviti Semasa

khatam-terawih-2015-413 Julai 2015 / 27 Ramadhan 1436 Hijrah – Setiap tahun menjelangnya 27 Ramadhan akan diadakan majlis Khatam Al Quran di Masjid Jamek Kampong Bharu bersempena dengan Nuzul Al Quran.

Pada tahun ini menyaksikan sebanyak 15 kumpulan  telah mengambil bahagian dalam Program Tadarus Al Quran sepanjang Ramadhan 1436 H / 2015 M ini.

Program ini dibahagikan kepada kumpulan lelaki dan wanita dimana setiap kumpulan dianggotai seramai 10 orang peserta.

Majlis diserikan dengan kehadiran Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi dan Yang Teramat Mulia Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selaku Penaung Masjid Jamek Kampong Bharu serta anakanda baginda , Tengku Alana Iman Shahirah

Sedikit cenderahati telah disampaikan sendiri oleh Yang Teramat Mulia Tengku Ahmad Shah Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kepada kumpulan lelaki manakala anakanda baginda , Tengku Alana Iman Shahirah telah menyampaikan cenderahati kepada kumpulan wanita.

 





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...