PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2017

December 16, 2016 in Aktiviti Semasa

whatsapp-image-2016-12-11-at-10-07-03KUALA LUMPUR ,  11 Disember 2016 [ Sabtu ] – Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa serta Bank Pembangunan Malaysia Berhad dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Jom Kembali Ke Sekolah Sesi 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Baru.

Program tersebut telah bermula seawal jam 8 pagi dengan pendaftaran para penerima bantuan. Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Datuk Johari Bin Abdul Ghani , Menteri Kewangan Ke-2 merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa sekaligus merasmikan Program Jom Kembali Ke Sekolah Sesi 2017.

Antara tetamu VIP yang hadir ialah Yang Berhormat Datuk Johari Bin Abdul Ghani , Menteri Kewangan Ke-2 merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa YBhg Datuk Affendi Bin Zahari , Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan Barisan Ahli Jawatankuasa. Kehadiran para penerima lebih kurang 400 orang peserta. Majlis berakhir kira-kira jam 1030 pagi.