Program Indahnya Ramadhan Anjuran Uda Holdings Berhad Dengan Kerjasama Masjid Jamek Kampong Bharu

August 12, 2015 in Aktiviti Semasa

indahnya-ramadhan-2015-520 Jun 2015 / 03 Ramadhan 1436 Hijrah – Masjid Jamek Kampong Bharu dengan kerjasama UDA Holdings telah menganjurkan Program Indahnya Ramadhan bermula jam 3 petang sehingga jam 7 malam.

Antara acara yang telah berlangsung sepanjang program tersebut ialah Penyampaian  Sumbangan kepada anak yatim , persembahan qasidah oleh Kumpulan Qadidah Al Yamani dan kemuncak acara ialah Tazkirah Perdana yang telah disampaikan oleh  Juara Pencetus Ummah ( PU ) Hafiz.

Tazkirah yang telah disampaikan meliputi kemuliaan Ramadhan yang telah diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW , cara menghidupkan dan menerapkan roh Ramadhan selepas berakhirnya Ramadhan.

Antara tetamu kehormat yang hadir  bagi memeriahkan program tersebut ialah  Ahli Parlimen Titiwangsa , Datuk Johari Bin Abdul Ghani.

Tetamu yang hadir untuk memeriahkan program tersebut kira-kira 1500 orang.