Program Ceramah Kesihatan

November 8, 2017 in Aktiviti Semasa

Program Kesihatan Masjid Jamek Kampung Bharu04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk ” Menyingkap Kerahsiaan Wanita , Menopause , Persediaan Mental & Fizikal ”

Pendaftaran program ini telah bermula seawal jam 8 – 9 pagi di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Baru.

Sesi ceramah telah bermula kira-kira jam 9:15 pagi yang mana telah disampaikan oleh Dr Norlida Bt Hj Kairon berkaitan menopause dalam kalangan wanita serta persediaan dalam menghadapi gejala ini yang meliputi persediaan mental dan fizikal.

Para peserta juga turut bersama pesakit pengidap kanser payudara dalam berkongsi pengalaman dalam meneruskan kehidupan seperti biasa.

Program kesihatan ini juga turut menyediakan pemeriksaan kesihatan khususnya pemeriksaan payudara secara percuma.

Kira-kira 100 orang peserta telah menyertai program yang cukup bermanfaat ini dan berakhir kira-kira jam 1250 tengahari