PROGRAM BICARA ILMU 2012M /1434H

December 20, 2012 in Aktiviti Semasa

Program Bicara Ilmu 2012M / 1434H ini adalah Program anjuran bersama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Masjid Jamek Kampong Bharu (MJKB).Program ini berlangsung pada 23 Disember 2012 bermula dengan Qiamullai pada 4:30 pagi yang dibimbing oleh Ustaz Mohd Ghazali Ibrahim diiringi Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh.Pada jam 9:00 pagi pula program diteruskan dengan program Khusus untuk Wanita iaitu Bicara Wanita yang membicarakan perkara -perkara khusus untuk wanita yang dipanelkan oleh Dr Rubiah K. Hamzah, Ustazah Zawiyah dan Ustazah Hidayah. Pada jam 11:00 pagi berlangsungnya pula Forum Perdana Bicara Ilmu disampaikan oleh ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, Sham Kamikaze dan Heliza Helmi (AF5). Semua Program berlangsung di dewan solat utama Masjid Jamek Kampong Bharu.Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberikan manfaat dan pengajaran dalam hidup kita sebagai seorang muslim, Insyallah.