Pertandingan Tunas Remaja Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru

May 29, 2017 in Artikel

IMG_36267 Mei 2017 – Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Biro Kuliah Subuh Masjid Jamek Kampong Baru telah mengadakan  Pertandingan Tunas Remaja Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru. Program ini telah berlangsung selama setengah hari bermula jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Antara acara yang telah dipertandingkan pada pertandingan tersebut ialah Pertandingan Azan dan Tilawah Al Quran.

Penyertaan bagi Pertandingan Tunas Remaja Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru ini telah dibuka kepada kanak – kanak yang berusia dari 7 tahun sehingga 12 tahun yang menetap dalam Kariah Masjid Jamek Kampong Baru.   IMG_3629Pertandingan Tunas Remaja Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan iaitu 40 orang peserta yang terdiri dari 28 peserta lelaki dan 12 peserta perempuan.

 

Pertandingan Azan dan Tilawah Al Quran tersebut telah diadili oleh 2 orang hakim iaitu Hj Ab Aziz Bin Mohd Nor dan Hj Muhammad Asim Bin Salleh Sani

 

IMG_3631Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Tunas Remaja Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi , YDH ACP Mohd Sukri Bin Kaman.

 

Turut hadir pada  Perasmian Penutup Pertandingan Tunas Remaja Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru ialah Pengerusi Masjid Jamek Kampong Baru ialah YBhg Dato’ Hj Idris Shaari Bin Mat Aris dan Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Kampong IMG_3662Baru