PERDANA MENTERI MALAYSIA : DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK MENGAGIHKAN BUBUR LAMBUK DI KAMPUNG BARU

August 8, 2016 in Aktiviti Semasa

 

18KUALA LUMPUR, 17 Jun ( Jumaat ) — Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di perkarangan Masjid Jamek, Kampung Baru,
Bubur lambuk Kampung Baru yang terkenal dengan jolokan Bubur Lambuk Agong itu merupakan sumbangan ikhlas daripada Perdana Menteri , Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razaki dan isteri Datin Sri Rosmah Mansor.

 


Perdana Menteri , Dato’ Sri Mohd Najib sebelum itu mendirikan Solat Asar berjemaah yang telah dipimpin oleh Imam Muhammad Asim Bin Salleh Sani.
Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa , Datuk Johari Abdul Ghani, Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Seri Mhd Amin Nordin Bin Abd Aziz, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru , Datuk Affendi Zahari dan Pengerusi Masjid Jamek, Kampung Baru , Dato’ Idris Shaari Bin Mat Aris.
Tahun 2016 merupakan tahun yang ke-10 Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dan isteri menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada orang ramai..