Pelancaran Bazaar Ramadhan & Memasak 100 Periuk Bubur Lambuk Agong

July 16, 2013 in Aktiviti Semasa

IMG_0284Pelancaran Bazaar Ramadhan & Memasak 100 Periuk Bubur Lambuk Agong Kampong Bharu 2013.

Pelancaran ini dijalankan pada 11.7.2013 jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Bertempat di Masjid Jamek Kampong Bharu & Bazaar Ramadhan Kampong Bharu.

 

Tetamu khas dan majlis dirasmikan oleh : Wakil Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan & Datuk Bandar Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan & Masjid Jamek Kampong Bharu.

Seramai 1000 Orang menghadiri Pelancaran ini.

Pada waktu pagi berlangsungnya aktiviti memasak bubur lambok 100 periuk secara bergotong royong disebelah Masjid Jamek Kg Baru. Bermula dari memotong bawang sehinggalah proses membungkus bubur lambok yang telah siap dimasak.

Pada petangnya selepas Solat Asar program dimulakan dengan alunan bacaan al-Quran oleh Imam Muda Asyraf. Majlis disambung lagi dengan bacaan doa oleh Imam Hj Azizi Ab. Hamid. Majlis bermula dengan Ucapan Alu-aluan Wakil dari kementerian pelancongan dan dirasmikan oleh Datuk Bandar. Gimik mengacau bubur lambok oleh Datuk Bandar bersama wakil kementerian pelancongan & Pengerusi Masjid Jamek Kg