Kelebihan Orang Yang Mendengar Khutbah dan Diam Ketika Khutbah

April 14, 2017 in 1 Hari 1 Hadis, Artikel

Kelebihan Orang Yang Mendengar Khutbah dan Diam Ketika Khutbah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ، ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ ، وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ، وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا “

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya, kemudian mendatangi solat Jumaat lalu dia mendengar (khutbah) dan diam. Diampunkan untuknya apa yang ada antara hari itu dan Jumaat yang akan datang, dan ditambah tiga hari. Sesiapa yang menyentuh/bermain-main dengan batu kerikil (ketika khutbah) sesungguhnya dia melakukan hal yang sia-sia. Read the rest of this entry →

Kembara Sihat Malaysia , Ziarah Senyum

April 12, 2017 in Aktiviti Semasa

Kembara-sihat-malaysia-122 Mac 2017 – Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur [ DBKL ] dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa telah mengadakan ” Kembara Sihat Malaysia , Ziarah Senyum” bertempat di Masjid Jamek Kampong Baru.

Program ini melibatkan penyertaan umum sekitar Wilayah Persekutuan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pemeriksaan Gigi Percuma Read the rest of this entry →

Majlis Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An-Nadwi Al Maliki

March 29, 2017 in Aktiviti Semasa

IMG_348017 Mac 2017 –   Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama dan Pusat Pengajian Ba ‘ Alawi Kuala Lumpur  telah mengadakan Majlis Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari an Nadwi Al Maliki selama 3 hari 2 malam bertempat di Masjid Jamek Kampong Baru.

 

Program ini melibatkan penyertaan umum sekitar Wilayah Persekutuan. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 5.30  petang pada 17 Mac 2017. Para peserta telah mengkhatamkan bacaan Kitab Bidayatul Hidayah bersama Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An-Nadwi Al Maliki

Read the rest of this entry →

SUMMER CAMP 1.0 MASJID JAMEK KAMPONG BARU

March 23, 2017 in Aktiviti Semasa

IMG_346317 Mac 2017 –  Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Yayasan Dana Kebajikan  Muslim Malaysia [ YDKMM ]  telah mengadakan Program Summer camp 1.0 Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru selama 3 hari 2 malam bertempat di Masjid Jamek Kampong Baru.

 

Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tahun 6 dari SK Kampong Baru dan SK Jalan Raja Muda seramai 150 orang peserta. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 6 petang pada 17 Mac 2017.

Read the rest of this entry →

MENANGISLAH WAHAI MATA!

March 9, 2017 in Artikel

Ada orang berkata ‘aku tidak mahu menangis dalam hidup ini’. Ada pula yang berkata ‘apalah faedahnya menangis?! Ia tidak dapat mengubah apa-apa’. Ada juga yang berkata ‘aku bencikan airmata’.
Ungkapan-ungkapan seumpama ini mungkin dikeluarkan oleh mereka yang merasa tekanan dalam hidup. Namun, hakikatnya dalam hidup ini, insan memerlukan airmata tangisan dalam membentuk peribadi yang halus dan luhur antara dia dengan jiwanya, antara dia dengan Allah S.W.T.

Jenis Tangisan

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam Zad al-Ma’ad menyebut tentang jenis-jenis tangisan (al-bukaa). Ada tangisan kasihan dan simpati (ar-rahmah wa ar-ra`fah) Read the rest of this entry →

Koleksi HADITH SHAHIH: HAK SEORANG MUSLIM

March 7, 2017 in 1 Hari 1 Hadis, Artikel

An Nawawi menyebutkan dalam Shahih Muslim Bab ‘Di antara kewajiban seorang muslim adalah menjawab salam’. Lalu dibawakanlah hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

« حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ ». قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ ».

Read the rest of this entry →

BAYAN LINNAS SIRI KE-85: PENJELASAN TENTANG VALET DOA

March 7, 2017 in Artikel, Bayan Linnas

Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 15 Februari 2017

Alhamdulillah, kami merafa’kan setinggi kesyukuran kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW begitu juga kepada keluarga, Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat.
Kami menerima persoalan berhubung Valet Doa yang sedang tular di media sosial beberapa hari ini. Justeru, kami merasakan isu ini perlu dijawab dengan segera agar ia tidak membarah dan menjadi perkara yang boleh mengundang pelbagai persoalan dan kekeliruan kepada Read the rest of this entry →

KENAPA ORANG TUA-TUA PESAN MASA MAGHRIB MASUK RUMAH DAN TUTUP PINTU DAN DUDUK DALAM RUMAH DIAM-DIAM DAN TUTUP SEMUA MAKANAN DAN MINUMAN ???

March 7, 2017 in Artikel

Dari sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

( إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ ، وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا ، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ ) رواه البخاري (3280)

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012). Read the rest of this entry →