Bayan Linnas Lelaki Berimamkan Wanita Di Dalam Solat

June 2, 2017 in Artikel, Bayan Linnas

Mukadimah

Baru-baru ini, kami mendapat berita berkenaan isu seorang wanita yang mendakwa bahawa dirinya menjadi imam kepada suami dan juga ahli keluarganya. Kami merasa terpanggil untuk memberikan penjelasan dalam siri Bayan Linnas pada kali ini.

Tiada ungkapan yang paling baik melainkan ungkapan yang menyeru kepada Islam. Tidak ada usaha yang paling murni melainkan usaha menjelaskan kekeliruan umat terhadap isu-isu semasa yang melingkari hidup mereka.

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

“Ya Allah bukalah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran. Sesungguhnya kamulah sebaik-baik Pembuka.”

Read the rest of this entry →

BENARKAH AMALAN SUNAT DALAM RAMADHAN SAMA DENGAN AMALAN WAJIB DI LUAR RAMADHAN?

May 31, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Mohon pengesahan hadith dibawah. Terima kasih.


” Dalam bulan biasa, pahala setiap kebajikan dilipatgandakan 10 kali lipat, namun dalam bulan Ramadhan pahala amalan wajib dilipatgandakan 70 kali lipat dan amalan yang sunah disamakan dengan pahala amalan wajib di luar Ramadhan” (Hadith Riwayat Muslim)

Read the rest of this entry →

HADITH SHAHIH: PUASA ITU PERISAI.

May 31, 2017 in 1 Hari 1 Hadis, Artikel

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda dari hadits Abu Hurairah Radhiyallahu anhu yang diriwayatkan dalam kitab ash-Shahiihain:

 

وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ.

 

Terjemahan: “Puasa itu adalah perisai, jika suatu hari salah seorang di antara kalian dalam keadaan berpuasa, maka hendaknya dia tidak berkata kotor dan berteriak-teriak. Jika seseorang mencela dan mencacinya, hendaknya dia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.'”

Read the rest of this entry →

Pertandingan Tunas Remaja Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru

May 29, 2017 in Artikel

IMG_36267 Mei 2017 – Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Biro Kuliah Subuh Masjid Jamek Kampong Baru telah mengadakan  Pertandingan Tunas Remaja Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru. Program ini telah berlangsung selama setengah hari bermula jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Antara acara yang telah dipertandingkan pada pertandingan tersebut ialah Pertandingan Azan dan Tilawah Al Quran.

Read the rest of this entry →

Summer Camp 2.0

May 29, 2017 in Aktiviti Semasa

summer CAmp 2.0 ( 2 )19 Mei 2017 –  Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Yayasan Dana Kebajikan  Muslim Malaysia [ YDKMM ]  telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru selama 3 hari 2 malam bertempat di Masjid Jamek Kampong Baru. Program ini merupakan lanjutan dari Summer Camp 1.0 yang telah diadakan pada 17 Mac 2017 selama 3 hari 2 malam.

Read the rest of this entry →

Majlis Penutup Kursus Asas Haji Musim 1438H / 2017 M

May 29, 2017 in Aktiviti Semasa

IMG_368114 Mei 2017 – Masjid Jamek Kampong Baru telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Haji Musim 1438H / 2017 M pada 14 Mei 2017 [Ahad] bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Jamek  Kampong Baru

Kursus Haji Bersiri ini merupakan kerjasama yang julung-julung kalinya diadakan  diantara pihak Masjid Jamek Kampong Baru dan Felda Travel sebanyak 17 siri mulai 14 Januari 2017

Read the rest of this entry →

HUKUM BERDUAAN DI DALAM KENDERAAN BERSAMA PEMANDU BUKAN MAHRAM

April 20, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Soalan:

Apakah hukum menaiki teksi atau perkhidmatan Uber dalam keadaan berdua-duaan dengan pemandu yang berlainan jantina iaitu bukan mahram.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan sahabat baginda, serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Read the rest of this entry →

MAKLUMAT MENGENAI KEJADIAN MASA DEPAN DI DALAM AL-QURAN

April 20, 2017 in Artikel

PENGENALAN 

Satu lagi aspek keajaiban Al-Qur’an ialah bahawa ianya mendedahkan lebih awal lagi beberapa peristiwa penting yang berlaku di masa hadapan. Ayat 27 surah al-Fath, sebagai contoh menyampaikan khabar gembira bahawa mereka akan menakluk Mekah yang mana ketika itu di bawah penguasaan masyarakat jahiliyyah.
“Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasulnya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah dalam keadaan aman, mencukur rambut dan kepada dan mengguntingnya, sedang kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang hampir (Penaklukan Khaibar). (Surah Al-Fath, 27)

Dalam pertimbangan yang lebih teliti, ayat ini seolah-olah mengumumkan satu lagi kemenangan yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sebenarnya, seperti yang dinyatakan di dalam ayat, orang mukmin akan mula menakluk perkampungan Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan kemudian memasuki Mekah.

Read the rest of this entry →