“Malam Cinta Rasul” Siri-2 1436H / 2015M

January 19, 2015 in Aktiviti Semasa

mcr-510 JANUARI 2015 / 19 RABIUL AWAL 1436H – Masjid Jamek Kampong Bharu bersama Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa telah menganjurkan Program Malam Cinta Rasul 2015 bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Program ini telah menarik seramai 2,500 orang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan pelbagai lapisan masyarakat untuk melahirkan rasa cinta kepada Insan Teragung Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu , program ini juga bertujuan untuk menyelusuri kembali sirah nabi, baginda adalah contoh terbaik yang sepatutnya kita jadikan ikutan.

Program ini merupakan kali ke-2 di anjurkan selepas penganjurannya pada tahun lepas. Pada Pukul 7:00 malam dimulakan dengan persembanhan qasidah dari kumpulan Al-Yamani. Kemudian Solat Maghrib Berjemaah, Selesai Solat Berjemaah majlis diteruskan lagi dengan penyampaian tazkirah dari penceramah yang dijemput khas dari Indonesia iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Al-Habsyi. Program malam itu lebih istimewa dengan kehadiran yang tidak disangka-sangka YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri untuk bersama-sama orang ramai menyerikan lagi masjlis yang berlangsung.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berjaya mencapai sasarannya dan menarik ramai orang untuk datang ke masjid terutamanya golongan muda. Semoga program seperti ini dapat menyemai rasa cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. Insyaallah…





Maklumat Lain anda patut baca..

PROGRAM MALAM CINTA RASUL SIRI KE – 4 KUALA LUMPUR , 11 & 12 Disember 2016 – Program Malam Cinta Rasul Siri Ke - 4 telah diadakan di Masjid Jamek Kampong Baru . Program ini merupaka...
Malam Cinta Rasul – Siri Ke 2 Tarikh : 10 Januari 2015 Hari : Sabtu Masa : 7.00 Malam Tempat : Masjid Jamek Kampung Bharu, Kuala Lumpur ...
Program Malam Cinta Rasul (Laporan) Pada hari Isnin 13 Januari 2014 telah berlangsung program Malam Cinta Rasul  di Masjid Jamek Kg.Baru Kuala Lumpur dari jam 6.45 petang sehingga 11.00 ...