Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M [ Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Anak Yatim & Fakir Miskin ]

June 5, 2017 in Aktiviti Semasa

sumbangan-raya-2017-33 Jun 2017 – Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Biro Kebajikan MJKB telah mengadakan Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M [ Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Anak Yatim & Fakir Miskin ] . Program ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Baru. Pendaftaran para penerima bantuan telah bermula seawal jam 8 pagi.

Antara matlamat program ini dijalankan ialah Pihak Masjid Jamek Kampong Baru ingin menyantuni golongan yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada fakir miskin dan anak yatim yang terdapat dalam kariah Kampong Baru.

Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru ini melibatkan 700 orang penerima bantuan yang terdiri daripada 593 orang fakir miskin dan selebihnya ialah anak yatim yang berada didalam kariah Kampong Baru. Pihak Masjid Jamek Kampong Baru juga berbesar hati dalam menghulurkan bantuan kepada surau – surau , Teratak Afidah dan Sekolah Pendidikan Khas yang juga berada didalam kariah Kampong Baru.

Perasmian Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M [ Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Anak Yatim & Fakir Miskin ] ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani , Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa

Turut hadir dalam majlis ini ialah Penasihat Masjid Jamek Kampong Baru , Dato’ Rahim Bin Ibrahim , Pengerusi Masjid Jamek Kampong Baru , Dato’Idris Shaari Bin Mat Aris . Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Baru , Datuk Affendi Zahari dan Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Kampong Baru.

Majlis ini telah berakhir kira-kira jam 1120 pagi