Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1435h / 2014m Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Anak Yatim Dan Fakir Miskin Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur

July 6, 2014 in Aktiviti Semasa

Bantuan Pelajar Cemerlang5 Julai 2014 hari sabtu telah berlangsungnya Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1435H / 2014M penyampaian sumbangan Hari Raya kepada Anak Yatim dan Fakir Miskin kepada anak-anak Kariah Kampong Bharu yang layak.

Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Bharu. Majlis dipengerusikan oleh Encik Mohd Khairul Ridhuan juga selaku Bilal Masjid Jamek Kampong Bharu.

Ucapan Alu-aluan disampaikan oleh Pengerusi Biro Kebajikan Masjid Jamek Kampong Bharu Encik Zakaria Maidu. Kemudian disambung dengan Ucapan Pengerusi Masjid Jamek Kampong Bharu Dato’ Idris Shaari bin Mat Aris dan diserikan lagi dengan ucapan Perasmian oleh YB. Datuk Johari bin Abdul Ghani Ahli Parlimen Titiwangsa.

Sepanjang majlis berjalan dengan jayanya, Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin yang hadir kelihatan gembira sekali kerana menerima wang saguhati sumbangan Masjid Jamek Kampong Bharu.

Pihak Masjid juga amat berterima kasih kepada semua pihak-pihak yang terlibat bagi menjayakan program tersebut. Pihak Masjid berharap bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin membuat persiapan di Hari Lebaran yang bakal menjelma nanti, Insyallah.





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...