Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018

September 14, 2018 in Aktiviti Semasa

jamuan raya23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

 

Program yang tahun ke-2 diadakankan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara Ahli Jawatankuasa Masjid dengan anak kariah di samping meraikan semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kurang bernasib baik untuk sama-sama berkongsi kegembiraan dalam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

 

Seramai 2,000 orang hadir dalam majlis tersebut yang bermula jam 12.00 tengah hari dan berakhir sekitar jam 4.30 petang.jamuan raya 2 jamuan raya1