MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H / 2012M

April 1, 2013 in Aktiviti Semasa

IMG_0209

Majlis sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2012M dianjurkan oleh Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu. Majlis ini berlangsung 21/03/2013 pada hari Khamis selepas solat Asar di dewan solat utama Masjid Jamek Kampong Bharu.

Majlis dibuka dengan persembahan qasidah dari Kumpulan Fatah Al Madah pada sebelah petangnya. Majlis disusuli dengan Bacaan Yasin dan Tahlil yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Azizi Bin Ab Hamid Al Hafiz pada jam 7 malam. Selepas Solat Maghrib acara kemuncak bagi program ini diteruskan dengan kuliah yang telah disampaikan oleh YBhg Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki.

IMG_0203

Fokus utama didalam kuliah yang disampaikan ialah mengenai bagaimana cinta Allah dan Rasul mampu membawa manusia meraih keterbilangan kehidupan didunia dan akhirat. Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya dan berakhir sekitar 10:30 malam.

Alhamdulillah program berjalan lancar dengan kehadiran lebih 1500 orang jemaah dalam Majlis tersebut. Semoga ilmu dan tunjuk ajar yang disampaikan dapat memberikan manfaat dan teladan yang baik dalam hidup kita bersama, Insyallah.

 

Galeri Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2012M