Majlis Perasmian Penutup Kursus Haji & Umrah 15 Siri 1436H / 2015M

April 29, 2015 in Aktiviti Semasa

kursus-haji-umrah2015-6MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS HAJI & Umrah 15 SIRI 1436H / 2015M ANJURAN BIRO DAKWAH MASJID JAMEK KAMPONG BHARU DENGAN KERJASAMA CS HOLIDAYS SDN BHD.

Sabtu, 18 April 2015 yang lalu Masjid Jamek Kamponh Bharu dengan kerjasama Cs Holidays Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Haji & Umrah 15 siri bagi tahun 1436H/2015M bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Bharu. Kursus haji telah dihadiri kira-kira 50 orang peserta sepanjang 15 siri kursus ini berlangsung.

Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Raizal yang juga merupakan Bilal Masjid Jamek Kampong Bharu, Majlis dimulakan dgn Bacaan Doa dan setrusnya diiringi ucapan Ybhg. Dato’Idris Shaari bin Mat Aris Pengerusi Masjid Jamek Kampong Bharu dan diringi ucapan oleh Ustaz Fauzi Abul Kadir Pengurus Besar CS Holiday sdn bhd.

Majlis Perasmian Penutup dirasmikan oleh Ybhg. Dato’Idris Shaari bin Mat Aris dalam program tersebut. Ybhg. Dato’Idris Shaari telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembimbing kursus haji bagi musim ini iaitu ustaz Kamal Naseer bin Roslan yang telah banyak mencurahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman beliau kepada para peserta dan tidak dilupankan juga pihak pentadbiran Cs Holidays Sdn Bhd yang memberikan kerjasama yang terbaik. Majlis telah berlangsung dengan jayanya.

Semoga para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat untuk dijadikan panduan semasa mengerjakan Haji atau Umrah nanti, Insyallah.





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...