Majlis Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An-Nadwi Al Maliki

March 29, 2017 in Aktiviti Semasa

IMG_348017 Mac 2017 –   Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama dan Pusat Pengajian Ba ‘ Alawi Kuala Lumpur  telah mengadakan Majlis Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari an Nadwi Al Maliki selama 3 hari 2 malam bertempat di Masjid Jamek Kampong Baru.

 

Program ini melibatkan penyertaan umum sekitar Wilayah Persekutuan. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 5.30  petang pada 17 Mac 2017. Para peserta telah mengkhatamkan bacaan Kitab Bidayatul Hidayah bersama Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An-Nadwi Al Maliki

IMG_3388Antara objektif program ini diadakan ialah untuk menekuni kitab Bidayatul Hidayah yang telah dikarang oleh Hujjatul Islam , Imam Al Ghazali. Kitab tersebut mengandungi intipati tasauf dan adab-adab dalam melestarikan kehidupan sebagai seorang Muslim

 

Diakhir program , para peserta telah diijazahkan dengan sanad [ penurunan ilmu dari guru kepada murid ] kitab Bidayatul Hidayah oleh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An-Nadwi Al Maliki

IMG_3389

Turut hadir dalam majlis pengijazahan sanad tersebut ialah Pengerusi Masjid Jamek Kampong Baru , YBhg. Dato’ Hj Idris Shaari Bin Mat Aris , Dr Yusri selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia [YADIM] serta Barisan Ahli Jawatankuasa MJKB.

 

IMG_3390Majlis berakhir pada 19 Mac 2017  kira-kira jam 10 malam

 

 

 

 

 

 





Maklumat Lain anda patut baca..

Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...
Kunjungan Hormat Lawatan Sambil Belajar dari AJK M... 17 September 2017 –  Pihak Masjid Jamek Kampong Baru telah menerima Kunjungan Hormat Lawatan Sambil Belajar dari AJK Masjid Kampong Berjaya , A...
Program Summer Camp 3.0 11 Ogos 2017 – Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru telah mengadakan Program Summer Camp 3.0 Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru selama 3 hari 2 ...
YAB PM mengagihkan sumbangan bubur lambuk 11 Jun 2017 -- YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di perkarangan Masjid Jamek Kampung B...
Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M 3 Jun 2017 - Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Biro Kebajikan MJKB telah mengadakan Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M . Program ini ...
Summer Camp 2.0 19 Mei 2017 –  Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Yayasan Dana Kebajikan  Muslim Malaysia  telah mengadakan Program Summer Ca...