Majlis Ibadah Qurban & Aqiqah Masjid Jamek Kampong Bharu Besemperna Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1435H / 2014M

October 8, 2014 in Aktiviti Semasa

raya-haji-2014-15 Oktober 2014, Ahad telah berlangsungnya Majlis Ibadah Qurban & Aqiqah Masjid Jamek Kampong Bharu 1435H/2014M.

Sesudah Solat Sunat Aidil Adha barulah majlis Qurban tersebut berlangsung sekitar jam 9:30 pagi di Perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu. Pada kali ini Masjid Jamek Kampong Bharu dapat mengumpulkan penyertaan sebanyak 12 ekor lembu semuanya untuk di Qurbankan pada majlis tersebut.

Bermula dari sembelihan, melapah, memotong dan menimbang daging – daging  lembu tersebut dilakukan secara berjemaah dan bergotong royong beramai-ramai bersama petugas-petugas masjid dan anak-anak Kariah Kampong Bharu.
Setelah selesai semuanya, agihan daging – daging lembu mula diagih sesudah Solat Zohor kepada para Jemaah dan anak-anak kariah kampong bharu.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan jayanya tanpa sebarang masalah & insiden yang tidak diingini.

Pihak Masjid juga amat berterima kasih kepada semua Ajk & kakitangan masjid, Petugas-petugas Ibadah Qurban, Khususnya anak-anak kariah Kampong Bharu yang terlibat bagi menjayakan program tersebut. Semoga secebis amal jariah kita semua diterima dan diredhai Allah, Amin Ya Rabbal A’lamin…





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...