Majlis Di Ambang Ramadhan 2014 Uda Holding Berhad Anjuran Bersama Masjid Jamek Kampong Bharu

June 29, 2014 in Aktiviti Semasa

ambang-ramadhan-2014-2Pada 21 Jun 2014 berlangsungnya Majlis Di Ambang Ramadhan bagi tahun 2014M dengan penuh gilang gemilang . Aturcara dimulakan  seawal 7:30 pagi dan berakhir kira-kira10:30 malam.

Pada sebelah paginya program dimulai dengan acara gotong royong memasak bubur lambok 30 periuk secara beramai-ramai.

Kira-kira jam 11:00 majlis penyampaian  sumbangan kepada anak-anak yatim oleh pihak UDA Holdings Berhad yang disempurnakan oleh YB Datuk Johari Abdul Ghani selaku  Pengerusi UDA Holdings Berhad. Seramai  200 orang anak yatim dari kalangan anak kariah Kampong Bharu telah diraikan dan diberikan sumbangan oleh pihak UDA Holdings Berhad.

Majlis penyampaian sumbangan anak-anak yatim ini berakhir kira-kira jam 12:20 tengahari. Semua yang hadir pada majlis tersebut mula bergerak menuju ke khemah untuk menikmati juadah makan tengah hari.

Majlis berhenti seketika untuk memberi laluan kepada azan dan Solat Zohor.

Bubur lambuk Masjid Jamek  Kampong Bharu mulai diagihkan kepada para Jemaah dan anak-anak kariah Kampong Bharu yang hadir sejurus selepas Solat Zohor. Kira-kira jam 2:30 petang para tetamu yang hadir dihiburkan dengan dendangan Qasidah puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh kumpulan Qasidah Al Yamani.

Selepas solat Asar, bubur lambuk Masjid Jamek  Kampong Bharu diedarkan lagi kepada para Jemaah yang hadir. Bubur lambuk juga diagihkan kepada orang awam dan kenderaan – kenderaan yang melalui Jalan Raja Alang Kampong Bharu.

Sejurus selepas Solat Maghrib berjemaah majlis  diteruskan dengan bacaan ayat – ayat suci Al Quran Al Karim dari Surah Al Baqarah yang diperdengarkan oleh Al Fadhil Sheikh Romi Al Badwi yang menerangkan tentang kewajipan berpuasa ke atas umat Islam.

Acara kemuncak iaitu Ceramah Perdana “Di Ambang  Ramadhan 2014” telah disampaikan oleh Al Fadhil  Ustaz Muhadir Bin Joll dimana dalam ceramah yang telah disampaikan, beliau menekankan tentang kelebihan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain.

Selepas Solat Isya’  para jemputan yang terdiri dari VIP dan jemaah menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan oleh Masjid Jamek Kampong Bharu.

 





Maklumat Lain anda patut baca..

Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...
Kunjungan Hormat Lawatan Sambil Belajar dari AJK M... 17 September 2017 –  Pihak Masjid Jamek Kampong Baru telah menerima Kunjungan Hormat Lawatan Sambil Belajar dari AJK Masjid Kampong Berjaya , A...
Program Summer Camp 3.0 11 Ogos 2017 – Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru telah mengadakan Program Summer Camp 3.0 Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru selama 3 hari 2 ...
YAB PM mengagihkan sumbangan bubur lambuk 11 Jun 2017 -- YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di perkarangan Masjid Jamek Kampung B...
Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M 3 Jun 2017 - Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Biro Kebajikan MJKB telah mengadakan Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M . Program ini ...
Summer Camp 2.0 19 Mei 2017 –  Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Yayasan Dana Kebajikan  Muslim Malaysia  telah mengadakan Program Summer Ca...