Majlis berkhatan sempena cuti sekolah Parlimen Titiwangsa dengan kerjasama Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa Dan Masjid Jamek Kampong Bharu

June 20, 2014 in Aktiviti Semasa

majlis-berkhatan-2014-6Pada Hari Ahad 1 Jun 2014 Majlis Berkhatan Sempena Cuti Sekolah ini bermula pada 10:00 Pagi di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Bharu. Majlis dipengerusikan oleh Encik Azizulrahman juga selaku AJK Masjid Jamek Kampong Bharu dimulakan dengan bacaan Doa oleh Imam Hj Azizi bin Ab Hamid Al-Hafiz.

Majlis diteruskan dengan Ucapan Pengerusi Masjid Jamek Kampong Bharu Dato’ Idris Shaari bin Mat Aris dan diserikan lagi dengan ucapan Perasmian oleh YB. Datuk Johari bin Abdul Ghani Ahli Parlimen Titiwangsa

Program berjalan dengan jayanya, kanak-kanak yang menyertai program tersebut kelihatan gembira sekali kerana mendapat Free Gift dan wang saguhati sumbangan dari Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi menaikan lagi semangat kanak-kanak ini untuk berkhatan pada hari tersebut.

Pihak Masjid juga amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program tersebut.