Kursus Kecemerlangan Pelajar “ Brain Linear Programming ”

April 19, 2013 in Aktiviti Semasa

brain-linear-programProgram ini dianjurkan oleh BIRO PENDIDIKAN MASJID JAMEK KAMPONG BHARU pada 20, 21 Mac 2013 dan 10, 11 dan 12 April 2013 bertempat di Dewan SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur.

Program dirasmikan/tetamu khas oleh Puan Radhiah Binti Muhammad (Pengetua SMK Puteri Wilayah).

Program disampaikan oleh penceramah/panel/moderator Sheikh Jefrizal Bin Jamaluddin dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan kehadiran lebih 377 orang dalam program tersebut. Semoga ilmu yang diperolehi memberikan manfaat, Insyallah.

Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 & 5. Matlamat Kursus ini untuk membantu murid yang lemah bagi menguasai teknik belajar yang betul dan sistematik. Kursus berlangsung selama 5 sesi dalam masa 5 hari di Dewan SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur.

Gambar Kursus Kecemerlangan Pelajar