Kursus Haji Bersiri 1436H

January 19, 2015 in Aktiviti Semasa

haji-1436h410 JANUARI 2015 / 19 RABIUL AWAL 1436H – Masjid Jamek Kampong Bharu dengan kerjasama CS Holiday Sdn Bhd. telah menganjurkan Majlis Pembukaan Kursus Haji & Umrah Bersiri 1436H bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Bharu.

Di hari pembukaan pendaftaran mencecah 80orang, Alhamdulillah. Kursus ini akan berlangsung selama 15 siri bermula 10 Januari 2015 setiap Sabtu jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Semoga Pembukaan Kursus ini akan memberi ilmu yang lengkap sebagai persediaan kepada bakal-bakal tetamu Allah sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Haji.

Peserta kursus akan dibimbing oleh Ustaz Kamal Nasir bin Roslan yang merupakan Pembimbing Haji dan Umrah yang tidak asing lagi. Di akhir kursus peserta akan didedahkan dengan latihan amali seperti tawaf , sai’e dan melontar jamrah sebagai pendedahan awal.