Kuliah Perdana Sempena Sambutan Maal Hijrah 1437H

October 23, 2015 in Aktiviti Semasa

kuliahperdana-2015-212 Oktober 2015 /  28 Zulhijjah  – Bertempat di Masjid Jamek Kampong Bharu , telah berlangsungnya Kuliah Perdana Sempena Sambutan Maal Hijrah yang telah disampaikan  oleh Dr. Muhammad Ruzaimi Bin Ramle , yang mana beliau merupakan Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) merangkap Ahli Majlis Fatwa Perlis.

Kuliah Perdana tersebut telah berlangsung Selepas Solat Maghrib , dimana bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah yang tiba , maka tajuk yang telah dikupas pada malam tersebut ialah  “ Hijrah , Bersediakah Aku “ , yang mana antara aspek Hijrah Nabi SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah turut disentuh dan peranan hijrah dalam pembentukan sahsiah seseorang individu muslim untuk menjadi insane yang lebih baik turut dirungkai pada malam tersebut.

Kehadiran yang dianggarkan telah menghadiri Kuliah Perdana Sempena Sambutan Maal Hijrah 1437H tersebut adalah kira-kira 700 orang jemaah