KULIAH PERDANA SEMPENA MAULIDUR RASUL 1437H
January 7, 2016 in Aktiviti Semasa
30 Disember 2015 / 18 Rabiul Awal 1437 H –
Bertempat di Masjid Jamek Kampong Bharu , telah berlangsungnya Kuliah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulramli Bin Muhammad Razali , yang mana beliau merupakan Personaliti TV Al Hijrah dan sering menerima jemputan sebagai tetamu di Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIM ).
Kuliah Perdana tersebut telah berlangsung Selepas Solat Maghrib , dimana bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul yang tiba , maka tajuk yang telah dikupas pada malam tersebut ialah “ Ibrah Mencintai Nabi Dalam Kehidupan Umat Masa Kini “ , yang mana antara aspek yang turut disentuh ialah dalam mempraktikkan Sunnah yang selalu terlepas pandang iaitu “ Bermanis Muka @ Senyum “.Meskipun senyum merupakan antara Sunnah yang paling ringan dan ringkas , namun ia mampu memupuk rasa kasih sayang dalam kalangan masyarakat disamping mengikat hubungan silaturrahim sesama manusia
Kehadiran yang dianggarkan telah menghadiri Kuliah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1437H tersebut adalah kira-kira 500 orang Jemaah