KULIAH MAGHRIB PERDANA & IJAZAH SANAD AL FATIHAH BERSAMA : SHEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJIH

August 16, 2016 in Aktiviti Semasa

kuliah-ogos-2015-3KUALA LUMPUR , 5 Ogos ( Jumaat ) – Masjid Jamek Kampong Bharu sekali lagi melakar sejarah yang cukup bermakna apabila Sheikh Muhammad Kurayyim Rajih [ Ketua Ulama’ Al Quran Syria ] sudi bersama-sama dengan penduduk Kampong Bharu khususnya dan warga Kuala Lumpur umumnya.

Program tersebut bermula sejurus selepas Solat Sunat Maghrib dan kata alu-aluan bagi mengalu-alukan kedatangan Sheikh Kurayyim telah disampaikan oleh Bilal Mohd Khairul Ridhuan Bin Mohd Fadzil , salah seorang bilal di Masjid Jamek Kampong Baru.

Ceramah yang telah disampaikan oleh Fadhilah Ash Sheikh Muhammad Kurayyim Rajih telah diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Nazmi , dimana kuliah pada malam tersebut mengambil intipati beberapa ayat dari Surah Al Taubah berkenaan strategi dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan

Dalam keterbatasan waktu antara waktu Maghrib dan Isyak , Sheikh Muhammad Kurayyim Rajih sempat menyampaikan tausiah dan menurunkan Ijazah Sanad Al Fatihah kepada para jemaah yang hadir pada malam tersebut

Antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi Masjid Jamek Kampong Baru , Dato’ Hj Idris Shaari Bin Mat Aris dan barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Kampong Baru.

Majlis berakhir kira-kira jam 920 malam





Maklumat Lain anda patut baca..

Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...
Kunjungan Hormat Lawatan Sambil Belajar dari AJK M... 17 September 2017 –  Pihak Masjid Jamek Kampong Baru telah menerima Kunjungan Hormat Lawatan Sambil Belajar dari AJK Masjid Kampong Berjaya , A...
Program Summer Camp 3.0 11 Ogos 2017 – Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru telah mengadakan Program Summer Camp 3.0 Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru selama 3 hari 2 ...
YAB PM mengagihkan sumbangan bubur lambuk 11 Jun 2017 -- YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di perkarangan Masjid Jamek Kampung B...
Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M 3 Jun 2017 - Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Biro Kebajikan MJKB telah mengadakan Majlis Sinar Kasih Ramadhan 1438H / 2017M . Program ini ...
Summer Camp 2.0 19 Mei 2017 –  Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Yayasan Dana Kebajikan  Muslim Malaysia  telah mengadakan Program Summer Ca...