Konvensyen Inspirasi Khadijah 16 April 2016

August 1, 2016 in Aktiviti Semasa

1716 April 2016 – Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Nisa’ Malaysia telah mengadakan Konvensyen Inspirasi Khadijah pada 16 April 2016 [ Sabtu ] bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Baru
Kata pepatah Inggeris : Behind a successful man , there is a great woman.
Antara objektif program ini diadakan ialah sebagai medium untuk mengambil inspirasi peranan seorang wanita dan juga seorang isteri, Saidatina Khadijah yang tetap mempertahankan Rasulullah sebagai seorang suami meskipun masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu meminggirkan Rasulullah disebabkan dakwah yang dibawa oleh Baginda Nabi SAW.


Selain daripada itu , dalam program ini juga para peserta akan didedahkan tentang peranan wanita dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Ini dapat dilihat daripada peribadi Saidatina.Khadijah yang juga 15merupakan seorang usahawanita yang cukup berjaya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja cukup cemerlang dalam bidang perniagaan , namun Saidatina Khadijah telah berhempas pulas dalam membantu dakwah Nabi Muhammad SAW sehingga sanggup mengorbankan harta benda demi memastikan kelangsungan dakwah Nabi Muhammad SAW dapat diteruskan..
Seramai 150 orang peserta telah mengikuti Konvensyen Inspirasi Khadijah ini.Dalam konvensyen yang berlangsung selama setengah hari ini , pelbagai input telah disampaikan oleh barisan penceramah yang 16terbilang termasuklah input yang disampaikan oleh Puan Hajjah Rohani Binti Datuk Mohd Shahir yang merupakan seorang pakar perancang kewangan , Ustazah Norhafizah Binti Musa yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia dan beberapa lagi penceramah yang tidak kurang hebatnya.
Para peserta turut dihiburkan dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh Kumpulan Nasyid In Team
Semoga jasa dan pengorbanan Saidatina Khadijah dapat diambil iktibar dalam melayari kehidupan sebagai seorang mukmin





Maklumat Lain anda patut baca..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam 6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  - Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapa...
Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Sila...
Program Qurban 1439H/2018M 22 OGOS 2018 - Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lum...
Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita 11 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program "Bual Bicara Bersama Ustaz Kita" bertempat di Dewan Solat Utama, Masj...
Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kam... 20 Julai 2018 - Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu. Summer Ca...
Program Ceramah Kesihatan 04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk " Men...