Kembara Sihat Malaysia , Ziarah Senyum

April 12, 2017 in Aktiviti Semasa

Kembara-sihat-malaysia-122 Mac 2017 – Masjid Jamek Kampong Baru dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur [ DBKL ] dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa telah mengadakan ” Kembara Sihat Malaysia , Ziarah Senyum” bertempat di Masjid Jamek Kampong Baru.

Program ini melibatkan penyertaan umum sekitar Wilayah Persekutuan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pemeriksaan Gigi Percuma , Semakan Daftar Pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia [ SPR ] , Senamrobik , Demonstrasi Masakan dari Juara MasterChef Musim pertama iaitu Dr Ezani dan pertandingan gubahan hantaran.

Disamping aktiviti menarik tersebut , turut diadakan pameran sudut tanya pakar dan demostrasi kebersihan mulut dari Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya.

Golongan fakir miskin juga turut diraikan dengan penyampaian sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Majlis perasmian ” Kembara Sihat Malaysia , Ziarah Senyum” telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Affendi Zahari , Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi Masjid Jamek Kampong Baru , YBhg. Dato’ Hj Idris Shaari Bin Mat Aris , serta Barisan Ahli Jawatankuasa MJKB.

Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari