Kelebihan Orang Yang Mendengar Khutbah dan Diam Ketika Khutbah

April 14, 2017 in 1 Hari 1 Hadis, Artikel

Kelebihan Orang Yang Mendengar Khutbah dan Diam Ketika Khutbah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ، ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ ، وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ، وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا “

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya, kemudian mendatangi solat Jumaat lalu dia mendengar (khutbah) dan diam. Diampunkan untuknya apa yang ada antara hari itu dan Jumaat yang akan datang, dan ditambah tiga hari. Sesiapa yang menyentuh/bermain-main dengan batu kerikil (ketika khutbah) sesungguhnya dia melakukan hal yang sia-sia. [HR Shahih Muslim No: 1425] Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ . وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ

“Jika engkau berkata pada sahabatmu pada hari Jumaat, ‘Diamlah, khatib sedang berkhutbah!’ Sungguh engkau telah berkata sia-sia.” [HR Shahih Bukhari no. 934 dan Muslim no. 851]