INGIN BERPUASA SETAHUN.

February 1, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Assalamualaikum,

 

Adakah dibenarkan untuk berpuasa sepanjang tahun kecuali hari hari yang diharamkan utk berpuasa spt hari raya pertama , mohon pencerahan ustaz.

Niat saya berpuasa adalah utk memulihkan ketagihan saya. Terima kasih.

 

JAWAPAN :

Waalaikumussalam

Berkenaan soalan tuan yang ingin berpuasa sepanjang tahun, boleh namun Ibnul Qayyim Al Jauziyah mengatakan, “Puasa seperti puasa Daud, sehari berpuasa sehari tidak adalah lebih afdhal dari puasa yang dilakukan terus menerus (setiap harinya).” Rujukan: Aunul Ma’bud, 5/303, Mawqi’

Al Islam.

 

Cara melakukan puasa Daud adalah sehari berpuasa dan sehari tidak.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

 

أحَبُّ الصِّيَامِ إلى اللهِ صِيَامُ دَاوُدَ، وَأحَبُّ الصَّلاةِ إِلَى اللهِ صَلاةُ دَاوُدَ: كَانَ يَنَامُ نِصْفَ الليل، وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ، وَكَانَ يُفْطِرُ يَوْمًا وَيَصُوْمُ يَوْمًا

 

“Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah adalah Solat Nabi Daud. Beliau biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Beliau biasa berbuka sehari dan berpuasa sehari.” (HR.

Bukhari no. 3420 dan Muslim no. 1159)

 

Status hadith ini SHAHIH.

 

Semoga Allah mempermudahkan urusan tuan dalam urusan dunia dan akhirat tuan. Dan beristiqamah dalam mengerjakan ibadat. Wallahua’lam





Maklumat Lain anda patut baca..

HUKUM HABISKAN BACAAN AL-FATIHAH KETIKA IMAM SUDAH... Soalan : Berkenaan dengan bacaan surah al-fatihah ketika solat berjamaah, perlukah seseorang makmum itu menghabiskan bacaannya sekiranya imam telah r...
BENARKAH TIADA DALIL KATA KEPALA ADALAH AURAT ? Assalamualaikum admin.. sy ad satu soalan berkenaan aurat.. umum mengetahui standard aurat bagi wanita skrg.. namun sy ada berbual dgn golongan ...
ADAKAH SOLAT TAUBAT HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA 1/3... Assalamualaikum ustaz..sy nk tny..benar ke solat taubat hanya boleh dilakukan pd sepertiga mlm shj?..boleh kah dibuat lepas solat fardhu?.. &nb...
BAYAN LINNAS SIRI KE-81: HUKUM MENGUCAPKAN “MERRY ... Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad Diterbitkan: 19 Disember 2016   Alhamdulillah, pujian yang mutlak kepada-Nya. Selawat dan salam ke...
MESIN BASUH Assalamualaikum Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongs...
BAYAN LINNAS SIRI KE-80: HUKUM MENYAMBUT MAULID AL... Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad Diterbitkan: 11 Disember 2016   Mukadimah Alhamdulillah, dengan kedatangan 12 Rabi’ al-Awwal, ra...