HUKUM HABISKAN BACAAN AL-FATIHAH KETIKA IMAM SUDAH RUKUK

October 23, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Soalan :
Berkenaan dengan bacaan surah al-fatihah ketika solat berjamaah, perlukah seseorang makmum itu menghabiskan bacaannya sekiranya imam telah rukuk (bukan disebabkan dia datang lewat) ?

soalanjawapan

 

Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Di dalam mazhab Imam Al-Syafie Rahimahullah, diwajibkan ke atas makmum untuk membaca al-fatihah ketika solat. Ini berdasarkan keumuman hadis Nabi SAW yang menyebut :

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Maksudnya : Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-fatihah.
Riwayat al Bukhari (756)

Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah :

مَذْهَبُنَا وُجُوبُ قِرَاءَةِ الْفَاتِحَةِ عَلَى المَأْمُومِ فِي كُلِّ الرَّكعَاتِ مِنَ الصَّلَاة السِّرِّيَّةِ وَالجَهْرِيَّةِ وَهَذَا هُو الصَّحِيحُ عِنْدَنَا كَمَا سَبَق وَبِهِ قَالَ أَكْثَرُ العُلَمَاء

Maksudnya: Mazhab kami berpandangan wajibnya makmum membaca al Fatihah pada setiap rakaat solat sama ada solat as sirriyyah (yang dibaca perlahan) atau solat al-jahriyyah (yang dibaca kuat) dan inilah pandangan yang sahih di sisi kami sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini dan ini jugalah pendapat kebanyakan para ulama’. Rujuk Majmu’ Syarh al Muhazzab, Al-Nawawi (3/323).

Kesimpulan
Dalam kes seperti ini, kami berpandangan bahawa makmum hendaklah menghabiskan bacaan al-fatihah, dengan kadar bacaan yang sederhana iaitu tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu perlahan. Perlu juga diberi perhatian bahawa para imam hendaklah meraikan situasi dan keadaan makmum di belakangnya ketika solat dengan cara tidak terlalu laju dalam bacaan sehingga menyebabkan makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-fatihah. Wallahu A’lam.





Maklumat Lain anda patut baca..

INGIN BERPUASA SETAHUN. Assalamualaikum,   Adakah dibenarkan untuk berpuasa sepanjang tahun kecuali hari hari yang diharamkan utk berpuasa spt hari raya pertama , ...
BENARKAH TIADA DALIL KATA KEPALA ADALAH AURAT ? Assalamualaikum admin.. sy ad satu soalan berkenaan aurat.. umum mengetahui standard aurat bagi wanita skrg.. namun sy ada berbual dgn golongan ...
ADAKAH SOLAT TAUBAT HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA 1/3... Assalamualaikum ustaz..sy nk tny..benar ke solat taubat hanya boleh dilakukan pd sepertiga mlm shj?..boleh kah dibuat lepas solat fardhu?.. &nb...
MESIN BASUH Assalamualaikum Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongs...
BOLEH KE MUSLIM MEMAKAI JERSEY YANG ADA LAMBANG SA... Assalamualaikum Wrth ustaz saya mahu bertanya, apakah hukum memakai pakaian atau jersey yang ada lambang salib / atau logo dan lambang arak? Wa...
SUDAH SOLAT SENDIRIAN KEMUDIAN ULANG SOLAT SECARA ... Asalamualaikum Saya ingin tahu adakah jika saya solat Subuh dirmh setelah Azan selesai di surau...setelah saya selesai Solat saya terdengar muazzin...