Forum Perdana Hal Ehwal Islam

September 14, 2018 in Aktiviti Semasa

Forum Agong6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  – Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapat menghayati konsep kedua dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja Dan Negara.

Begitulah diantara rumusan yang dapat diambil dalam Forum Perdana  Hal Ehwal Islam  sempena Hari Keputeraan  Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Forum ini merupakan program kerjasama di antara Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI dan Masjid Jamek Kampong Baru. Program ini telah bermula seawal jam 6.45 petang dengan bacaan Yaasin , Doa Selamat dan Bacaan Tahlil Arwah. Acara kemuncak iaitu Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertemakan “ Daulat Diperkasa “ dimulakan tepat jam 8 malam.

Forum Agong1Forum pada kali ini telah dikendalikan oleh Saudara Sufian dari Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIM ) dan turut menampilkan 2 orang  ahli panel iaitu Imam Muda Asyraf  dan Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa. Dalam forum ini juga turut disentuh Peranan Institusi Diraja  dalam menjadi payung kepada kemajuan negara disamping mewujudkan sikap toleransi dalam kalangan warganegara Malaysia.

Seramai kira-kira 700 orang jemaah telah hadir bagi menjayakan Forum Perdana  Hal Ehwal Islam  sempena Hari Keputeraan  Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V ini.

Forum Agong2Forum Agong 3Turut hadir dalam Forum Perdana  Hal Ehwal Islam  ini ialah YBhg Ustaz Mohd Yazid Bin Saad , Penolong Pengarah Kanan Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI.

Forum Perdana  Hal Ehwal Islam  sempena Hari Keputeraan  Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V ini telah berakhir jam 9.30 malam