Doa & status Hadis

June 9, 2017 in 1 Hari 1 Hadis, Artikel

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، قَالَ: دَعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِدُعَاءٍ كَثِيرٍ لَمْ نَحْفَظْ مِنْهُ شَيْئًا، قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ دَعَوْتَ بِدُعَاءٍ كَثِيرِ لَمْ نَحْفَظْ مِنْهُ شَيْئًا، فَقَالَ: أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَجْمَعُ ذَلِكَ كُلَّهُ، تَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،  وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ، وَعَلَيْكَ البَلاَغُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.


Daripada Abu Umamah, dia berkata: Rasulullah saw berdoa dengan doa yg banyak, kami tidak menghafaz sedikitpun dari doa-doa itu. Kami berkata: “Wahai Rasulullah, engkau berdoa dengan doa yg banyak, kami tidak menghafaz sedikitpun dari doa-doa itu”. Baginda menjawab: “Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu semua apa yg mengumpulkan semua doa-doa itu? Kamu berdoa: Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan seperti mana NabiMu Muhammad saw memohon kepadaMu. Dan kami berlindung denganMu dari keburukan seperti mana NabiMu Muhammad saw berlindung darinya. Engkaulah Tuhan yg dipohon pertolongan dan Engkaulah Tuhan yg memperkenankan hajat kami, serta tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah”.

 

Status Hadis:

Jawapan:

 

Ia diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi dalam Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, no: 3521. Imam at-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini hasan gharib.

ِAl-Albani menyatakan hadis ini dhaif kerana padanya ada perawi bernama Al-Laits bin Abu Salim, beliau seorang yang mukhtalit.

 

Walaubagaimana pun, doa dalam riwayat ini tetap boleh diamalkan kerana isi kandungannya bagus.





Maklumat Lain anda patut baca..

Hadith ALLAH MEMPERINGATKAN KAMU TERHADAP- NYA   عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: أَنَا عِنْدَ...
KEDUDUKAN SUNNAH DI SISI AL-QUR’AN Mukadimah Akhir-akhir ini, kita melihat masyarakat sudah mula sedar akan kepentingan sunnah di dalam kehidupan seharian mereka. Untuk itu, penghayata...
HUKUM HABISKAN BACAAN AL-FATIHAH KETIKA IMAM SUDAH... Soalan : Berkenaan dengan bacaan surah al-fatihah ketika solat berjamaah, perlukah seseorang makmum itu menghabiskan bacaannya sekiranya imam telah r...
Bolehkah berdoa semasa khutbah, bukan antara dua k... Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari ...
Shaking Hands with Women: An Islamic Perspective Sheikh Muhammad Al-Mukhtar Al-Shinqiti, director of the Islamic Center of South Plains, Lubbock, Texas, states the following: There are two common ...
Prophet Muhammad (PBUH) : The Ideal Husband, Fathe... Prophet Muhammad personifies the roles of perfect father and husband. He was so kind and tolerant with his wives that they could not envisage their li...