DIGAJI TETAPI MENYERAHKAN TUGAS KEPADA ORANG LAIN

April 18, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Soalan: Jika seseorang itu yang telah diberi amanah dalam satu organisasi, lalu amanah tersebut diserahkan dan dibebankan kepada orang lain, sedangkan dia menerima bayaran walaupun dia tidak menjalankan amanah tersebut, maka apakah hukumnya?

soalanjawapan

 

 

Dalam menjawab hal ini suka kami nyatakan bahawa amanah wajib ditunaikan benarlah firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).
(Surah al-Nisa’: 58)

Ibn Kathir berkata: “Allah khabarkan kepada kamu agar kamu laksanakan amanah kepada yang berhaknya.”
Daripada Samurah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَدِّ الْأَمَانَةَ إِلَى مَنْ ائْتَمَنَكَ، وَلَا تَخُنْ مَنْ خَانَكَ

Maksudnya: “Tunaikan amanah kepada siapa yang mengamanahkan kepada kamu dan jangan kamu khianat siapa yang mengkhianati kamu.”
Riwayat Ahmad (15424), Al-Tirmidzi (1264), dan Abu Daud (3534)

Dalam konteks diberi amanah kepada yang lain jika sekiranya dia sebagai penyelia dan juga pengawal disamping bertanggungjawab atas pelaksanaan amanh tersebut. Maka ia dibolehkan. Sebaliknya jika amanah tersebut diterima dan terus diberikan kepada yang lain tanpa sebarang tanggungjawab dan seliaan daripadanya, maka ia telah mengabaikan amanah. Inilah yang kita bimbangi sebagaimana sabda Nabi SAW:

إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ ” , قَالَ : كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : ” إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

Maksudnya: “Apabila diabaikan amanah maka tunggulah saat kebinasaan. Lantas sabahat bertanya: “Bagaimana bentuk pengabaiannya wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaan.”
Riwayat al-Bukhari (6496) dan Ibn Hibban (104)

Semoga Allah jadikan kita dalam kalangan yang menunaikan amanah. Amiin.





Maklumat Lain anda patut baca..

Hadith ALLAH MEMPERINGATKAN KAMU TERHADAP- NYA   عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: أَنَا عِنْدَ...
KEDUDUKAN SUNNAH DI SISI AL-QUR’AN Mukadimah Akhir-akhir ini, kita melihat masyarakat sudah mula sedar akan kepentingan sunnah di dalam kehidupan seharian mereka. Untuk itu, penghayata...
HUKUM HABISKAN BACAAN AL-FATIHAH KETIKA IMAM SUDAH... Soalan : Berkenaan dengan bacaan surah al-fatihah ketika solat berjamaah, perlukah seseorang makmum itu menghabiskan bacaannya sekiranya imam telah r...
Bolehkah berdoa semasa khutbah, bukan antara dua k... Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari ...
Shaking Hands with Women: An Islamic Perspective Sheikh Muhammad Al-Mukhtar Al-Shinqiti, director of the Islamic Center of South Plains, Lubbock, Texas, states the following: There are two common ...
Prophet Muhammad (PBUH) : The Ideal Husband, Fathe... Prophet Muhammad personifies the roles of perfect father and husband. He was so kind and tolerant with his wives that they could not envisage their li...