HUKUM HABISKAN BACAAN AL-FATIHAH KETIKA IMAM SUDAH RUKUK

October 23, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Soalan :
Berkenaan dengan bacaan surah al-fatihah ketika solat berjamaah, perlukah seseorang makmum itu menghabiskan bacaannya sekiranya imam telah rukuk (bukan disebabkan dia datang lewat) ? Read the rest of this entry →

Bolehkah berdoa semasa khutbah, bukan antara dua khutbah. Ini kerana, masa antara dua khutbah terlalu pendek dan tidak sempat untuk berdoa.

September 25, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab.

Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:

فِيها سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّى، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Read the rest of this entry →

BERNIAT BUAT JAHAT TETAPI TIDAK BUAT, ADAKAH MENDAPAT PAHALA?

July 27, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Soalan:

Saya ada terdengar orang berkata, kalau kita niat untuk buat jahat tetapi tidak membuatnya, kita akan dapat pahala. Benarkah?

Read the rest of this entry →

MENGEMAS RUMAH TUGAS SUAMI ATAU ISTERI?

July 26, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Soalan:

Adakah tugas mengemas rumah dan memasak itu menjadi tanggungjawab suami atau isteri ?

Read the rest of this entry →

Soal Jawab Apakah batal puasa sekiranya saya berkumur secara gargle mengunakan ubat kumur?

June 2, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dalam hal berkumur pada bulan puasa, terdapat panduan daripada Nabi SAW:

أَسْبِغِ الوُضُوءَ، وَخَلِّلْ بَيْنَ الأَصَابِعِ، وَبَالِغْ فِي الِاسْتِنْشَاقِ، إِلَّا أَنْ تَكُونَ صَائِمًا

Read the rest of this entry →

Soal Jawab Apakah sah puasa orang keluar mani di siang hari apabila menyedarinya ketika bangun daripada tidur?

June 2, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Jawapan: Bagi menjawab persoalan ini, kami nukilkan teks asal daripada kitab al-Muktamad di dalam mazhab al-Syafie:

 

“Keluarnya mani dengan sengaja dengan tanpa bersetubuh seperti bercium, onani dengan tangannya atau dengan tangan isterinya atau onani dengan sentuhan kerana ia dikira sebagai inzal (terpancutnya mani) dengan cara bermesraan (berseronok). Adapun jika mani itu keluar dengan cara tidak sengaja (bukan disebabkan perkara-perkara di atas atau dengan bermesraan) maka hal tersebut tidak membatalkan puasa. Begitu juga, jika dia melihat dengan matanya walaupun diulang-ulang penglihatan tersebut tanpa bersentuhan atau berfikir di dalam hatinya tanpa bersentuhan lalu inzal (terpancut atau keluar mani) maka hal ini tidak membatalkan puasa kerana tidak berlakunya kemesraan. 

Read the rest of this entry →

BENARKAH AMALAN SUNAT DALAM RAMADHAN SAMA DENGAN AMALAN WAJIB DI LUAR RAMADHAN?

May 31, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Mohon pengesahan hadith dibawah. Terima kasih.


” Dalam bulan biasa, pahala setiap kebajikan dilipatgandakan 10 kali lipat, namun dalam bulan Ramadhan pahala amalan wajib dilipatgandakan 70 kali lipat dan amalan yang sunah disamakan dengan pahala amalan wajib di luar Ramadhan” (Hadith Riwayat Muslim)

Read the rest of this entry →

HUKUM BERDUAAN DI DALAM KENDERAAN BERSAMA PEMANDU BUKAN MAHRAM

April 20, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Soalan:

Apakah hukum menaiki teksi atau perkhidmatan Uber dalam keadaan berdua-duaan dengan pemandu yang berlainan jantina iaitu bukan mahram.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan sahabat baginda, serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Read the rest of this entry →