KEDUDUKAN SUNNAH DI SISI AL-QUR’AN

October 23, 2017 in Artikel, Bayan Linnas

al-quran-sunnah-masjid-jamek-kampung-baruMukadimah
Akhir-akhir ini, kita melihat masyarakat sudah mula sedar akan kepentingan sunnah di dalam kehidupan seharian mereka. Untuk itu, penghayatan sunnah di dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini sudah mula berputik. Ini kerana, banyak perkara di dalam urusan kehidupan ini telah diajar oleh Nabi SAW. Apabila sebahagian besar daripada kalangan masyarakat mula ingin mempelajari dan mengenali sunnah maka sudah tentu ada golongan-golongan yang tidak senang dengan keadaan seperti ini Read the rest of this entry →

Bayan Linnas Lelaki Berimamkan Wanita Di Dalam Solat

June 2, 2017 in Artikel, Bayan Linnas

Mukadimah

Baru-baru ini, kami mendapat berita berkenaan isu seorang wanita yang mendakwa bahawa dirinya menjadi imam kepada suami dan juga ahli keluarganya. Kami merasa terpanggil untuk memberikan penjelasan dalam siri Bayan Linnas pada kali ini.

Tiada ungkapan yang paling baik melainkan ungkapan yang menyeru kepada Islam. Tidak ada usaha yang paling murni melainkan usaha menjelaskan kekeliruan umat terhadap isu-isu semasa yang melingkari hidup mereka.

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

“Ya Allah bukalah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran. Sesungguhnya kamulah sebaik-baik Pembuka.”

Read the rest of this entry →

BAYAN LINNAS SIRI KE-85: PENJELASAN TENTANG VALET DOA

March 7, 2017 in Artikel, Bayan Linnas

Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 15 Februari 2017

Alhamdulillah, kami merafa’kan setinggi kesyukuran kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW begitu juga kepada keluarga, Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat.
Kami menerima persoalan berhubung Valet Doa yang sedang tular di media sosial beberapa hari ini. Justeru, kami merasakan isu ini perlu dijawab dengan segera agar ia tidak membarah dan menjadi perkara yang boleh mengundang pelbagai persoalan dan kekeliruan kepada Read the rest of this entry →

JANGAN AMBIL ILMU DARIPADA INTERNET

February 7, 2017 in Artikel, Bayan Linnas

BAYAN LINNAS SIRI 36: JANGAN AMBIL ILMU DARIPADA INTERNET Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor

 

Alhamdulillah, dalam Bayan Linnas pada kali ini, kami tajukkan dengan ‘Jangan Ambil Ilmu Daripada Internet’. Ilmu yang kami maksudkan di sini ialah ilmu agama yang berkaitan dengan sumber-sumber yang tidak dikenalpasti tanpa asas rujukan yang sebenar serta diperkukuhkan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan al-Hadith.

Read the rest of this entry →

FIQH JENAZAH

January 18, 2017 in Artikel, Bayan Linnas

BEBERAPA PERSOALAN Ditulis oleh Admin PMWP

 

Mukadimah

Kematian adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Setiap yang bernyawa pasti akan merasainya. Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ

Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati

(Aal Imran: 185)

 

Baru-baru ini kita juga telah dikejutkan dengan kematian seorang pendakwah, tokoh politik yang terkemuka iaitu al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Dato’ Dr. Harun Din Rahimahullah pada hari Jumaat 16 September
2016 bersamaan dengan 14 Zulhijjah 1437 H tatkala menerima rawatan di Read the rest of this entry →

PENJELASAN BERKENAAN SIFAT UMMIY PADA DIRI RASULULLAH S.A.W

January 17, 2017 in Artikel, Bayan Linnas

PENJELASAN BERKENAAN SIFAT UMMIY PADA DIRI RASULULLAH S.A.W Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor

 

Mukadimah

Sebahagian orang berpandangan bahawa Nabi S.A.W merupakan ummiy dari sudut beliau adalah pusat atau induk bagi ilmu. Bukannya ummiy itu membawa maksud Nabi S.A.W tidak tahu membaca dan menulis Read the rest of this entry →

BAYAN LINNAS SIRI 49: PERBEZAAN ITU SEWAJARNYA MENATIJAHKAN PERMUSUHAN?

January 4, 2017 in Artikel, Bayan Linnas

Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 12 Februari 2016

MUKADIMAH

Alhamdulillah, pada hari Khamis bersamaan 11 Februari 2016, bertempat di Dewan Putra PICC Putrajaya, satu mesyuarat induk Majlis Perundingan Islam (MPI) telah diadakan dan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menariknya, Majlis Perundingan Islam ini dianggotai oleh ramai tokoh yang berbeza latar aliran dari kalangan ilmuan, agamawan, tokoh-tokoh korporat, pertubuhan bukan kerajaan, serta tokoh politik dari kalangan umat Islam Read the rest of this entry →

BAYAN LINNAS SIRI KE-81: HUKUM MENGUCAPKAN “MERRY CHRISTMAS” KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA KRISTIAN

January 4, 2017 in Artikel, Bayan Linnas

Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 19 Disember 2016

 

Alhamdulillah, pujian yang mutlak kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Sehari dua ini, banyak persoalan yang sampai ke meja kami berkaitan isu Hukum Seseorang Muslim Mengucapkan “Merry Christmas” Kepada Mereka Yang Beragama Kristian. Ini menjadikan kami terpanggil untuk menekuni isu ini dan membuat sedikit bahth al-‘ilmi dalam Read the rest of this entry →